Santai Ride to Sabak Bernam.... ada peristiwa suka dan duka ketika ride santai kali ini...
Peristiwa duka, salah seorang rakan kami telah tergelincir ketika melalui selekoh tajam kerana mengelakkan sebuah perodua Myvi dan ketika itu aku dibelakangnya mujur aku sempat memperlahankan kuda besi ku.. jika tidak hanya God only know what will happened for both of us...Syukur sahabat ku tidak mengalami apa-apa kecuali kuda besinya yang cedera....
Bergambar kenangan dihadapan Restoran Selera Rimba Sabak Bernam
Keaadaan rupa z800 yg mengalami kecederaan
Rescue team from Saujana dating mengangkut kuda besi untuk dibawa pulang... Tq geng
Jika sudah dinamakan sahabat susah senang sentiasa bersama, tidak pernah meninggalkan rakan lain dibelakang jika ada musibah yang berlaku... semangat setia kawan yang ada kepada semua group-group bikers
Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan pulang melalui Kuala Selangor terus ke Saujana Impian Kajang, walau ada rancangan lain selepas makan di selera rimba, kami semua sepakat untuk membatalkannya untuk terus pulang kekediaman masing2.... Tq sahabat....
Fuel tank at PETRONAS Tanjung Karang....
Alhamdulillah kami semua selamat tiba kerumah masing-masing, apa pun yang berlaku hari ini kami jadikan kenangan & kepada sahabat-sahabat semua sentiasa peka dengan keadaan sekeliling ketika kita berada diatas jalanraya....